- Bila PUIB ditubuhkan?
J: 19 Januari 2008, berdaftar sebagai Badan Bukan Kerajaan di Pendaftar Pertubuhan Kelantan
- Apakah objektif utama PUIB ditubuhkan?
J: Membantu ekonomi ummah Islam & merapatkan ukhwah sesama Islam terutamanya antara ahli PUIB
- Adakah PUIB dibenarkan mengadakan tabung
pembiayaan? Adakah PUIB tertakluk dengan mana-mana Akta Kerajaan untuk
pengambilan deposit dari ahli?
J : Ya, kerana itu adalah untuk kepentingan ahli. PUIB tertakluk di bawah Akta Pertubuhan 1966, di mana ahli dikenakan yuran keahlian dan tidak ada kaitan dengan pengambilan deposit. Setiap persatuan di negara ini mengenakan yuran penyertaan atau keahlian ke atas ahlinya.
- Sejak PUIB ditubuhkan, berapakah orang ahli PUIB sehingga kini?
J: Hampir 1000 orang ahli pada akhir Mei 2008.
- Berapa cawangan/rumah persatuan di Malaysia sejak ia ditubuhkan?
J : Buat masa sekarang, kami berpusat di Bandar Sunway, Petaling Jaya. Wakil2 akan dilantik di setiap negeri. Persatuan masih lagi membuka tawaran kpd individu2 yg berminat utk menjadi wakil daerah/negeri.
- Apakah aktiviti-aktiviti PUIB selain dari mengadakan tabung pembiayaan?
J : Pelbagai aktiviti PUIB akan dijalankan seperti : Melaksanakan tabung bantuan bencana, kemalangan & khairat kematian, melaksanakan tabung bantuan pendidikan & keusahawan, melaksanakan tabung bantuan anak yatim, warga emas, OKU, sambutan hari kebesaran Islam (Maal Hijrah, Maulidul Rasul dll.) Kelas & ceramah ilmiah, kursus jemaah Haji & Umrah, Kem Islamiah bagi pelajar sekolah & universiti, mengadakan program penjanaan pendapatan ahli ukhwah, bengkel keusahawanan Islam cemerlang, Majlis jamuan hari raya, hari keluarga tahunan dll. Sebarang cadagan drpd ahli amatlah dialu2kan.
- Apakah faedah dari PUIB yang saya dapat bila menjadi ahli?
J : Bermacam faedah dan kelebihan sebagai ahli PUIB antaranya mendapat faedah peluang peluang perniagaan melalui jaringan perniagaan yang berbeza sesama ahli. Menambah kenalan Islam untuk tujuan jaringan perniagaan dan kemajuan ekonomi Islam berlandasan konsep ukhwah Islamiah, Berkelayakan untuk mendapatkan bantuan pinjaman sehingga RM50,000 diuruskan oleh pakar perundingan kewangan PUIB, berkelayakan untuk memperolehi bantuan dana Tabung Kewangan berjumlah RM10,000 setiap bulan tanpa perlu bayaran balik dan bermacam-macam lagi. Semuanya anda akan tahu slps menyertai PUIB.
Tabung Pembiayaan PUIB
- Adakah PUIB dapat mana-mana bantuan dari pihak kerajaan atau parti politik?
J :PUIB tidak mendapat sebarang bantuan dari mana-mana badan kerajaan ataupun parti politik.
- Bagaimanakah PUIB mengumpul dana/tabungan sedangkan tiada bantuan dari kerajaan?
J : PUIB memperolehi dana pengurusan dan tabungan hanya daripada hasil infaq dan sumbangan sesama ahli iaitu melalui yuran keahlian ahli yang disalurkan ke dalam tabungan.
- Jika saya gagal mendapatkan 4 orang dalam 5 hari, adakah saya gugur menjadi ahli PUIB bila RM240 dikembalikan pada saya?
J: Ahli berkenaan masih lagi sah sebagai ahli berdaftar PUIB Cuma hanya gugur status di dalam program tabungan sahaja. Dia masih layak utk mendapat benefit lain spt tabung bencana, khairat kematian dll.
- Berapa tempoh maksima saya boleh ambil untuk mendapatkan 4 orang?
J : 5 hari sbg tempoh percubaab tetapi masih boleh dibincangkan tempoh lanjutan atas budi bicara pihak PUIB
- Jika saya sudah mendapat 4 orang ahli baru, bilakah saya akan dapat sumbangan yang pertama?
J :Sumbangan pertama akan diperolehi pada hari sabtu yang terdekat kerana majlis penyerahan sumbangan cek diadakan setiap hari sabtu.
- Apakah
yang terjadi sekiranya salah seorang dari ahli yang saya taja keluar/tarik diri
dari tabung pembiayaan sedangkan saya sudah mendapat cek pertama saya
iaitu RM240?
J : Anda wajib menggantikan tempat ahli tersebut dengan kemasukan ahli yang baru
- Saya juga ahli persatuan/koperasi lain. Bolehkah ahli persatuan saya menyertai PUIB? Apakah syarat-syaratnya?
J :Anda layak menjadi ahli PUIB dan syaratnya adalah warganegara Malaysia, 18 tahun ke atas dan beragama Islam. Bahkan anda mempunyai peluang yg lebih cerah krn blh membawa masuk rakan persatuan/koperasi utk turut serta dgn tabungan ini.
- Jika
saya dapat mencukupkan quota 84 orang ahli di bwh saya kurang drpd 5 hari, adakah saya perlu
menunggu sehingga 15 hari untuk mendapatkan kesemua cek sumbangan ketiga2 level?
J : Tidak, anda akan dapat sumbangan pada hari sabtu yang terdekat.
- Adakah system penginfaqkan ini seperti perniagaan jualan langsung, multi-level dan memerlukan sijil Akta Jualan Langsung ?
J : Sistem penginfaqan ini tidak terlibat dengan apa jua bentuk MLM, perniagaan ataupun pelaburan dan sama sekali tidak memerlukan sijil tersebut krn PUIB bukan sebuah SYARIKAT PERNIAGAAN tapi sebuah PERSATUAN.
Syndication








2010-03-18 @ 01:56:54 pm
by hypnosis
replica bag,fake handbags,designer ...
2010-03-16 @ 11:17:33 am
by fake watches
The section of your job is ...
2010-03-15 @ 09:11:52 pm
by Schwartz30Lora
china replica watches,
2010-03-11 @ 05:01:07 pm
by Ladies replica Watches
You will become more and more ...
2010-03-10 @ 09:53:56 am
by mai