29 Sep 2008 - 01:02:52 pm
Salam Aidilfitri buat pengunjung blog OUR
AidilFitri akan disambut tidak lama lagi…
Ajaran Islam yang syumul sudah menggariskan bagaimana sepatutnya berbelanja:
1. Ikut keperluan. Iaitu keperluan yang mesti ada. Kalau tak beli boleh mendatangkan kesan menyusahkan. Bukan barang luxury, untuk bermewah-mewah, hanya keperluan asas.
2. Ikut kemampuan. Setelah dikenal pasti keperluan asasi tersebut, maka jenis barang yang hendak dibeli itu disesuaikan dengan kemampuan. Umpamanya sesorang itu memang perlukan peti sejuk. Maka pilihlah jenama dan saiznya mengikut keupayaan. Seseorang yang memang mesti memakai kereta. Maka kereta yang hendak dibeli itu mesti mengikut kemampuan. Biar pun kadang-kadang terpaksa bersusah sedikit kerana mungkin saiznya agak kecil.
3. Jangan ikut kemahuan (nafsu). Apabila terdorong oleh nafsu, berbelanja ikut kemahuan. Apa saja yang terlintas di hadapan semua mahu diragut dan dipunggah, risikonya amat besar. Bukan sekadar kehabisan duit bahkan terpaksa menanggung hutang. Kadang terjadi di mana keperluan sebenar tidak dapat dipenuhi kerana wang habis dibelanja untuk perkara yang tidak perlu.
Dalam ajaran Islam Tuhan melarang mencintai duniawi kerana ianya amat menggamit dan melambai nafsu. Hingga sampai ke tahap mendurhakai Tuhan. Untuk memenuhi kehendak nafsu sudah tidak mengambil kira halal haram, yang penting ialah kepuasan nafsu. Di sinilah perlunya bermujahaddah. Kena bersabar demi untuk mendapat keredhaan Allah. Carilah keredhaan Allah, bukan mencari status sosial atau kesenangan hidup yang melampau. Maaf Zahir Batin
Madah minggu ini :

Jangan kerana mahukan kesenangan yang sedikit di dunia hingga terlepas kesenangan yang kekal abadi di akhirat.
Jangan kerana takutkan sedikit kesusahan di dunia hingga terpaksa menanggung azab seksa yang amat dahsyat di akhirat.
Syndication

2010-03-15 @ 09:11:52 pm
by Schwartz30Lora
china replica watches,
2010-03-11 @ 05:01:07 pm
by Ladies replica Watches
You will become more and more ...
2010-03-10 @ 09:53:56 am
by mai
The home loans suppose to ...
2010-03-08 @ 11:34:05 am
by Rosalyn18Huffman
Breitling Men Navitimer 701
...2010-03-05 @ 07:58:35 pm
by tag heuer watches