28 May 2008 - 12:08:16 pm
PENGENALAN PUIB
PENGENALAN
Persatuan Ukhwah Islamiah Bersatu atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya PUIB adalah satu pertubuhan kebajikan Islam di Malaysia.Ianya telah ditubuhkan secara rasminya pada pada awal tahun 2008 masihi bersamaan 1429 hijrah, di atas dasar menjaga kebajikan ahli samada dari sudut kemasyarakatan maupun ekonomi.Di samping itu ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran Islam dan Taqwa serta membentuk satu ukhwah yang hakiki dan murni.
Bermottokan "Telus, Bersatu & Berjaya" persatuan ini berusaha mengajak ahli supaya meningkatkan tahap ekonomi sesama muslim dan membina jatidiri sejajar keperibadian penggerak ummah Islamiah agar kembali kepada dustur Ilahi dan sunnah Rasul yang suci lagi maha tinggi.
Persatuan ini ditadbir oleh 19 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang terdiri daripada : Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Timbalan Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Timbalan Bendahari Agung dan lapan orang ketua-ketua lajnah (AJK).Lapan buah lajnah telah dibentuk di dalam struktur pentadbiran PUIB iaitu:
o Lajnah Tarbiah dan Dakwah
o Lajnah Penerangan dan Perhubungan
o Lajnah Akademik
o Lajnah Disiplin dan Tugas Khas
o Lajnah Kebajikan Anak Yatim, Warga Emas & OKU
o Lajnah Bencana dan Kemalangan
o Lajnah Pembangunan Kewangan dan Ekonomi
o Lajnah Sosial dan Sukan
PUIB disokong sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Kelantan dan rumah persatuan pertama PUIB adalah di Kota Bahru, Kelantan. Terdapat beberapa badan yang menaungi dan mengawasi gerak kerja PUIB iaitu Lembaga Tatatertib, Lembaga Penasihat dan Bayt Muslim yang baru ditubuhkan bagi mengeratkan lagi ukhwah sesama mutazauwij (orang yang telah berkeluarga) dan menjadi penghubung antara ikhwah dan akhawat.
Persatuan ini juga akan melaksanakan pelbagai aktiviti asas samada berbentuk tarbiah, ilmiah, penjanaan ekonomi, sosial dan sukan seperti Tabung khairat kematian, bencana alam, kemalangan dan kebakaran, Sambutan Hari Kebesaran Islam, Bengkel keusahawan Islam, Hari keluarga tahunan dan sebagainya. Ini semua adalah untuk menjana ekonomi di samping menjaga kebajikan dan perpaduan di kalangan ahli PUIB.
Pengalaman yang dilalui dan kelemahan yang ditempuhi setiap ahli akan dikoreksi dan dianalisis secara bersama oleh setiap ahli bagi melihat kelangsungan persatuan dalam menyusuri era globalisasi yang penuh dengan pelbagai tribulasi dan mehnah. Objektif dan misi yang di impikan tidak akan tercapai tanpa garapan kerjasama daripada semua ahli PUIB kerana ini merupakan tunjang kepada keutuhan persatuan ini. Itulah ukhwah yang harus diteladani bersama dalam mengharungi kehidupan di atas muka bumi Allah ini

Syndication

2010-03-11 @ 05:01:07 pm
by Ladies replica Watches
You will become more and more ...
2010-03-10 @ 09:53:56 am
by mai
The home loans suppose to ...
2010-03-08 @ 11:34:05 am
by Rosalyn18Huffman
Breitling Men Navitimer 701
...2010-03-05 @ 07:58:35 pm
by tag heuer watches
Cartier Ballon Bleu Mens ...
2010-03-05 @ 07:57:57 pm
by tag heuer watch